Sunday, October 19, 2014

COBRA Studies Sdn Bhd

Siapa Kami?

COBRA Studies mula beroperasi sejak tahun 2012. Semenjak itu kami telah mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
COBRA Studies adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan kursus – kursus komputer melalui konsep pendidikan jarak jauh. Tumpuan kami adalah kepada bidang IT sepenuhnya dan kursus – kursus komputer kami memberikan imbangan teori dan praktikal yang baik bagi menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti kursus, mahir dalam topik yang dipelajari. Kami mengalu – alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar

Misi COBRA Studies
Kami percaya pendidikan adalah hak asasi setiap individu. Penimbaan ilmu dan kemahiran sepatutnya dijadikan sesuatu yang mudah diperoleh dan boleh dinikmati oleh segala lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa pengetahuan dan kemahiran IT adalah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang dalam era teknologi maklumat dan globalisasi ini. Kursus – kursus komputer COBRA Studies direka sedemikian rupa untuk memberikan individu yang mengikutinya pengetahuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkannya dengan serta-merta tanpa membebankannya dengan maklumat mahupun kemahiran yang bercorak teori atau kurang digunakan. Kami berhasrat melahirkan pengguna yang tahu akan nilai maklumat di sekelilingnya dan tahu menggunakan berbagai teknologi yang ada untuk memproses maklumat tersebut demi meningkatkan produktiviti, nilai diri, pendapatan atau kualiti hidupnya. Kami lakukan ini dengan membenarkan peserta mengikuti kursus komputer yang berkualiti dengan cara mudah, pada harga yang rendah di mana jua beliau berada.

Mengapa Belajar Dengan Kami
Pembelajaran melalui kursus komputer COBRA Studies adalah lebih baik dari menghadiri
kelas IT luaran kerana:-
1.      Anda bebas belajar pada bila – bila masa di mana jua anda berada.
2.      Kos pembelajaran adalah lebih murah dari kelas IT luaran.
3.      Anda peroleh nota lengkap, berwarna, canggih, interaktif dan berkualiti.
4.      Dengan bahan kursus kami, guru ada di hujung jari anda 24 jam sehari, 365 hari setahun.
5.      Anda boleh kongsi bahan kursus komputer dengan sesiapa sahaja.
6.      Bimbingan dijamin sepanjang masa anda belajar dengan kami dan juga setelah anda tamatkan kursus komputer anda. Anda dianggap tetap pelajar kami sampai bila – bila masa. Tidak ada kos tambahan untuk khidmat sokongan pelajar ini.



Jaminan Produk COBRA Studies
Kami memberi jaminan bahawa produk – produk kami menepati keperluan – keperluan berikut:-
1.      Ditulis dalam bahasa Melayu dan oleh itu mudah diikuti oleh pengguna komputer yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris.
2.      Bahan kursus lebih baik dari sebarang bahan untuk kursus yang sama dan setaraf dari IPTA atau IPTS.
3.      Selain dari yuran kursus semasa pendaftaran, tidak ada sebarang bayaran lain yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian kursus yang ditetapkan.
4.      Jika produk kami tidak menepati ciri – ciri di atas, anda boleh pulangkannya dalam keadaan asal dalam masa 2 minggu dari tarikh pengiriman dan wang anda akan dikembalikan.


Wednesday, October 15, 2014

Kerosakan Dan Cara Membaiki Komputer

SALAM 1 MALAYSIA 

Tips ini bertujuan untuk saling mempelajari asas-asas kerosakkan komputer dan apa yang perlu dibuat..
Marilah kite semua berkongsi pendapat mengenai pengalaman2 yang ada serta jalan penyelesaiannya..

Saya open dengan mengenal bunyi kod bip pada permulaan komputer dibuka. 

1) Ada sesetengah komputer pada permulaanya akan berbunyi bip pendek sekali, itu menandakan komputer anda berfungsi dengan elok. Ada sesetengah komputer juga bunyi bip panjang sekali menandakan anda pernah membuka central processing unit (CPU) atau menyetuh perkakasan dalaman komputer tersebut, tapi itu tidak menandakan komputer anda menghadapi masalah.

2) Bunyi bip pendek 2 kali menandakan komputer anda mengalami kerosakan/kesalahan pada complimentary metal oxide semiconductor (CMOS).

3) Bunyi bip panjang 1 kali dan pendek 1 kali menandakan komputer anda mengalami kerosakan/kesalahan pada RAM. - Cabut dan pasang semula RAM kalau masih problem gantikan dengan yang baru.

4) Bunyi bip panjang 1 kali dan pendek 2 kali menandakan komputer anda mengalami kerosakan/kesalahan pada VGA/Graphic Card. - Jika graphic card pada slot PSI sila cabut dan pasang semula, jika onboard dapatkan nasihat dari pakar.

5) Bunyi bip panjang 1 kali dan pendek 3 kali menandaka komputer anda mengalami kerosakan/kesalahan pada keyboard atau pada VGA/Graphic Card. - Cuba gunakan keyboard yang lain untuk graphic card sila rujuk no. 4.

6) Bunyi bip panjang 1 kali dan pendek 9 kali menandaka komputer anda mengalami kerosakan/kesalahan pada RAM. -Read Only Memory (RAM), sila dapatkan nasihat pakar.

7) Bunyi bip panjang berkali-kali menandaka komputer anda mengalami kerosakan/kesalahan pada RAM atau RAM tidak terpasang dengan betul atau RAM tidak kompatibel dengan motherboard. - Pastikan motherboard support RAM yang dipasang, dapatkan nasihat pakar.

8) Bunyi bip pendek berkali-kali menandaka tenaga pada power supply tidak mencukupi, segera ganti power supply. -Pastikan beli power supply yang support motherboard pada CPU kita, dapatkan nasihat yang lebih pakar.

Marilah sama2 kite berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian mengenai kerosakkan komputer anda disini.. Terima Kasih..

Monday, September 8, 2014

APA ITU DOMAIN DAN HOSTING?


Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. Seperti yangsaya dah terangkan sebelum ini, berikut merupakan sedikit penerangan tentang domain dan hosting:

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalahhttp://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-datamengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah DataKL. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang berdekatan.

Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?

Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS sepertiJoomla!Zen CartDrupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, WordPress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.
Apa benda pula CMS, Joomla, dan cPanel ni ya? Jangan risau, semuanya akan saya terangkan lagi dalam artikel yang akan datang. Jadi, pastikan anda setia mengikuti SembangKomputer.com ye ^^
Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.